Ikatan Pendidik Islam Samarahan

Kelab pendidik Islam Samarahan, satu badan yang dibentuk untuk memperteguhkan perkembangan islam, menjalin silatur rahim dan memantapkan aktiviti islam

google akan membantu anda...



Program Sambutan Maulidur Rasul bersama saudara baru
di Kampung Bawang, Jalan Puncak Borneo













6:19 PG

Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Tahun Dukacita
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Pembedahan dada/Perut
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa) :
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Perjalanan Israk/ Mikraj
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapi teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) .
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Ada A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".
Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.
Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Mengurangkan Waktu Solat
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.
Kesimpulan
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali tibanya 27 Rejab . Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)

10:18 PTG

SYAFAAT RASULILLAH

YA ALLAH KAMI MEMOHON SYAFAAT RASULILLAH, JANGAN PISAHKAN KAMI DARIPADA KEKASIH KAMI - petikan daripada Solusi tulisan Us Umar


Seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Auf bin Malik bercerita, suatu hari Nabi s.a.w. bersabda kepada kami, “Tahukah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepadaku?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan sesetengah umatku ke dalam syurga, atau memberiku syafaat. Aku lalu memilih syafaat.”
Kami lalu berkata, “Wahai Rasulullah, mintakanlah kepada Allah agar menjadikan kami termasuk dalam golongan ahli syafaatmu.”
Baginda menjawab: “Syafaat ini untuk semua Muslim.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah ini sengaja saya pilih untuk membuka perbincangan kita tentang syafaat Rasulullah s.a.w., kerana isinya melahirkan kegembiraan di hati setiap orang yang membacanya.

Makna Syafaat
Secara bahasa, syafaat berasal daripada kata al-syaf’u, maknanya “genap” (lawannya ganjil). Syafaat dengan demikian mengandungi makna “menggenapkan” sesuatu, yakni membantu pihak lain melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan dirinya sendiri. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab berkata, “Syafaat ialah perkataan seseorang kepada raja untuk meminta hajat bagi orang lain.”
Sewaktu kita berbicara pada Hari Pembalasan, maka yang menjadi Raja pada hari itu adalah Allah s.w.t. yang menampilkan diri-Nya sebagai penentu nasib setiap makhluk. Pada hari itu, “Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah 2: 255). Maka hanya hamba-hamba yang sangat dekat kepada Allah sahaja yang memperoleh kehormatan untuk membantu orang lain.
Keyakinan dengan adanya syafaat ini merupakan aqidah yang menjadi pegangan Ahli Sunah waljamaah. Berkata al-Qadhi Iyad al-Maliki sebagaimana nukilan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, “Berbagai athar (hadis) yang keseluruhannya mencapai darjat mutawatir menunjukkan adanya syafaat bagi orang yang berdosa di akhirat, dan ini menjadi perkara yang telah menjadi ijmak di kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah sejak generasi salaf dan khalaf hingga hari ini.”
Al-Qadhi Iyad juga menjelaskan bahawa sekelompok manusia daripada puak Muktazilah dan Khawarij menolak adanya syafaat ini. Mereka berhujah dengan beberapa ayat al-Quran yang kesemuanya jika diperhatikan dengan teliti, berkaitan dengan orang kafir. Maka ayat ini tidak boleh dikenakan bagi orang beriman yang melakukan dosa lalu dimasukkan ke neraka. Hal ini kerana terdapat hadis-hadis Nabi yang mutawatir menjelaskan bahawa syafaat dapat menyelamatkan mereka dengan izin Allah s.w.t.
Lagi pula, kalau kita renungi secara mendalam syafaat ini sebenarnya tidak lain merupakan salah satu perwujudan daripada sifat rahmat Allah s.w.t. kepada seluruh hamba-hamba-Nya. Rahmat ini diperlihatkan melalui hamba-hamba pilihan-Nya untuk menampilkan kelebihan mereka kepada semua manusia yang lain.

Syafaat Terbesar
Antara hamba-hamba pilihan itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. satu-satunya hamba Allah yang memiliki al-Maqam al-Mahmud (Maqam yang Terpuji). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat.”
Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan tidak dimiliki oleh nabi-nabi lain. Namun apa yang ingin kita bicarakan kali ini ialah tentang sebuah syafaat khas yang eksklusif dimiliki Rasul Akhir Zaman, iaitu apa yang dikenal dalam ilmu aqidah sebagai al-Syafaatul ‘Uzma (Syafaat Terbesar).
Begitu luas dan besarnya syafaat ini, hingga ianya meliputi semua makhluk. Walaupun bukan berasal daripada umat Baginda, iaitu syafaat yang melepaskan semua ahli mahsyar yang telah penat kerana seksaan zahir dan batin sekian lama untuk menunggu proses hisab dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan sifat Baginda yang diutus Allah s.w.t. sebagai rahmat bagi sekalian alam, juga dengan syariat Baginda yang meliputi seluruh manusia.
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., “pada hari kebangkitan, semua umat manusia berlutut, setiap umat akan mengikuti seorang nabi dan berkata kepadanya, “Wahai polan, tolonglah kami.” Nabi itu terus menolak, hingga mereka mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka pada saat itulah, Allah menempatkan Baginda di al-Maqam al-Mahmud (maqam yang Terpuji).”
Abu Hurairah dan Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini dengan lebih terperinci sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ringkasnya, semua manusia pertama kali mendatangi Nabi Adam, lalu Nabi Ibrahim, lalu Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s. Namun kesemua nabi-nabi ini tidak berani meminta kepada Allah s.w.t untuk memulai hisab. Semua manusia kemudiannya akan menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda segera bersujud di bawah Arasy sambil memuji Allah dengan berbagai pujian yang Allah ilhamkan kepadanya.
Beberapa lama kemudian, Allah berfirman kepada kekasihnya ini yang antaranya bermaksud: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Mintalah, maka engkau akan diberi. Dan berikanlah syafaat, maka syafaatmu akan diterima.” Pada saat itulah, Rasulullah meminta agar Allah memulai hisab untuk umatnya. Allah, Raja Hari Pembalasan segera mengabulkan permintaan tersebut.

Syafaat untuk Ahli Neraka
Demikianlah Syafaat Terbesar yang hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Namun selain syafaat ini, Baginda terus diizinkan untuk memberikan syafaat bagi menolong setiap umatnya yang memerlukan bantuan. Di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, Baginda bersabda yang bermaksud: “Setiap Nabi memiliki doa yang pasti Allah kabulkan, dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat bagi umatku di akhirat nanti.”
Syafaat ini diperlukan kerana Rasulullah s.a.w. memiliki bilangan umat yang paling ramai dibandingkan nabi-nabi yang lain, dan tidak semua orang daripada umat Baginda yang mencapai kesempurnaan amal. Ramai antara mereka yang terjatuh ke dalam lembah maksiat terutamanya kerana mengikuti dorongan hawa nafsu.
Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melihat apa yang dilakukan umatku setelahku, mereka menumpahkan darah saudara mereka sendiri. Aku berasa sedih melihat hal itu, namun itu telah menjadi ketentuan Allah sebagaimana yang terjadi pada umat-umat lainnya. Aku lalu meminta kepada Allah agar diizinkan memberi syafaat bagi mereka pada hari kiamat, Allah lalu mengizinkannya.”
Baginda terus meminta kepada Allah untuk mengeluarkan setiap orang daripada umatnya yang berada di neraka sehingga tidak seorang pun yang tertinggal di tempat itu. Allah mengabulkan syafaat Rasulullah sebagai perwujudan janji-Nya yang maha benar, “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga kamu menjadi puas.” (Surah al-Duha 93: 5)
Al-Qadhi Iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang Nabi s.a.w. berikan kepada umatnya. Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya.
Semua syafaat Rasulullah yang berbagai bentuk itu akan memberi manfaat kepada semua umat Baginda tanpa terkecuali. Umat Baginda ialah setiap orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Dalam Sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?” Mendengar soalan itu Baginda menjawab, “Aku sudah mengagakkan bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkara ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat ‘tidak ada tuhan selain Allah’ dengan ikhlas daripada dasar hatinya.”
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di titian sirat.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di tempat penimbangan amal.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di sana?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini.” Jelas di sini, Rasulullah akan selalu hadir di tempat-tempat yang sangat memerlukan di sepanjang proses hisab.

Wasilah
Setelah mengetahui hakikat ini, selayaknya bagi setiap Muslim yang berasa diri banyak dosa, ia selalu mengharapkan bantuan dan syafaat Rasulullah s.a.w. Dan itu dapat diusahakan dengan memperbanyakkan amalan sunah yang menjadikan kita layak mendapatkan syafaat Baginda. Siapa yang selalu melanggar sunah, semakin jauh ia daripada syafaat Nabi di akhirat.
Dalam Sahih Muslim menyebut hadis daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu mendengar seruan muazin, maka ucapkanlah seperti ucapannya, lalu kamu berselawat kepadaku. Maka sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah wasilah untukku, sesungguhnya demikian itu adalah sebuah tempat di syurga yang tidak patut didiami melainkan seseorang hamba Allah sahaja, dan aku berharap akulah orangnya. Barang siapa yang memintakan wasilah untukku, maka ia pasti mendapatkan syafaatku.”

Tiada Qunut Subuh dalam mazhab Hanafi & Hanbali.

- Dalam mazhab Maliki & Syafie, Qunut Subuh ada.

- Menurut mazhab Maliki, hukum Qunut Subuh ialah Sunat Ghair Muakkadah (sunat yang tidak dituntut secara berterusan).

- Dalam mazhab Syafie, hukum Qunut Subuh ialah Sunat Muakkadah (Sunat yang dituntut untuk dikerjakan secara berterusan).

Hujah dalam mazhab Syafie ada 3:

1. Imam asy-Syafie berhujah dengan hasil penelitian beliau terhadap sejarah Qunut Subuh iaitu
a) Bermula pada Perang Uhud,
b) Lalu pada peristiwa pembantaian Qurra' di Bir Ma'unah, baginda s.a.w. berqunut selama sebulan dalam semua solat fardu.
c) Setelah sebulan berlalu Baginda s.a.w. tinggalkan semua qunut melainkan pada solat Subuh.
d) Qunut Subuh ketika mendapat tentangan dari Bani Mudhar.
e) Sehinggalah tahun-tahun akhir kehidupan Baginda s.a.w. berdasarkan keterangan Abu Hurairah sekitar 7 Hijriah bahawa Baginda s.a.w. tidak lagi mendoakan kaum muslimin yang ditindas di Mekah kerana kaum Muslimin sudah dalam keadaan aman di Madinah.

Imam asy-Syafie berkata: Adapun Qunut Subuh, maka ia Sahih dilakukan oleh Nabi s.a.w. pada peristiwa Bir Ma'unah dan selepas peristiwa tersebut. Tiada seorangpun yang meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w. tinggalkan Qunut Subuh.
______________________________________________________________

2. Sebahagian Ulama mazhab Syafie menggunakan hujah dengan hadis Anas bin Malik r.a. yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lainnya:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ - يَعْنِى الرَّازِىَّ - عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا زَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقْنُتُ فِى الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا.

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Sentiasalah Rasulullah s.a.w. membaca doa qunut di dalam solat Subuh sehingga beliau wafat.

Di dalam hadis ini terdapat Abu Ja'far al-Razi, perawi yang dipertikaikan. Ada yang menta'dilkan (menyatakan beliau seorang yang adil) dan ada pula yang mentajrihkan (mencacatkan beliau).

Sebahagian Muhadditsin (ulama hadis) mendaifkan hadis berkenaan. Antaranya Syeikh Nashiruddin al-Albani yang menstatuskan hadis tersebut sebagai Munkar (Daif).

Akan tetapi ramai dari para hafizh telah menilai hadis berkenaan sebagai Sahih. Ini disebutkan dalam kitab Kifayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisar:
وأما القنوت فيستحب في اعتدال الثانية في الصبح لما رواه أنس رضي الله عنه قال : (( ما زال رسول الله صلى الله عليه و سلم يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا )) رواه الإمام أحمد وغيره قال ابن الصلاح : قد حكم بصحته غير واحد من الحفاظ : منهم الحاكم والبيهقي والبلخي

Maksudnya:
Adapun Qunut, disunatkan melakukannya pada iktidal rakaat yang kedua dari solat Subuh. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya. Berkata Ibnus Solah: Sudah ditetapkan kesahihannya ramai dari para hafizh, di antaranya Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Al-Balkhi.
_________________________________________________________________

3. Sebahagian ulama mazhab Syafie menggunakan hujah dengan berdalilkan hadis yang menceritakan perbuatan para khalifah yang empat mengamalkan Qunut Subuh. Ini ada dinyatakan juga dalam kitab Kifayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisor:
قال البيهقي : العمل بمقتضاه عن الخلفاء الأربعة.

Maksudnya,
Berkata pula Imam al-Baihaqi: Perbuatan qunut seperti yang ada sekarang diambil daripada para khalifah yang empat.

Berdasarkan hadis-hadis berikut:

فَأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَمْشَاذٍ الْعَدْلُ ، حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْفَضْلِ الأُسْفَاطِيُّ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ الْعَبْدِيُّ ، حَدَّثَنَا الْعَلاءُ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنِي بُرَيْدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْحَوْرَاءِ ، قَالَ : سَأَلْتُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ : مَا عَقَلْتَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ؟ قَالَ : عَلَّمَنِي دَعَوَاتٍ أَقُولُهُنَّ : اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي ، وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ أُرَاهُ قَالَ : إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ قَالَ : فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِمُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ ، فَقَالَ : إِنَّهُ الدُّعَاءُ الَّذِي كَانَ أَبِي يَدْعُو بِهِ فِي صَلاةِ الْفَجْرِ فِي قُنُوتِهِ

Maksudnya:
Al-Hasan bin Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah mengajarku membaca beberapa kalimah untuk aku ucapkan: Ya Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang-orang yang Engkau tunjuki, dan sihatkanlah aku bersama orang-orang yang Engkau sihatkan, dan pimpinlah aku bersama orang-orang yang Engkau pimpin, dan berkatilah aku bersama orang-orang yang Engkau berikan kurnia, dan lindungilah aku dari bencana yang Engkau takdirkan, sesungguhnya Engkaulah yang mentakdirkan dan tiadalah Engkau yang ditakdirkan dan bahawasanya tiadalah akan terhina orang yang Engkau pimpin, Maha Mulia Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Muhammad bin al-Hanafiyah (Jariah Saidina Ali r.a.) berkata: Sesungguhnya doa ini merupakan doa yang selalu dibaca oleh ayah saya (Saidina Ali r.a.) pada solat Subuh dalam qunutnya. (Riwayat Baihaqi)

Juga hadis,
وَمِنْهَا مَا أَخْبَرَنَا أَبُو سَعْدٍ الْمَالِينِىُّ أَخْبَرَنَا أَبُو أَحْمَدَ بْنُ عَدِىٍّ الْحَافِظُ حَدَّثَنَا السَّاجِىُّ حَدَّثَنَا بُنْدَارٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا الْعَوَّامُ بْنُ حَمْزَةَ قَالَ : سَأَلْتُ أَبَا عُثْمَانَ عَنِ الْقُنُوتِ فِى الصُّبْحِ قَالَ : بَعْدَ الرُّكُوعِ. قُلْتُ : عَمَّنْ؟ قَالَ : عَنْ أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ. هَذَا إِسْنَادٌ حَسَنٌ.

Maksudnya:
Awam bin Hamzah telah bertanya Abu Utsman tentang qunut pada solat Subuh. Beliau menjawab: Sesudah rukuk. Awam bertanya lagi: Fatwa siapakah itu? Beliau menjawab: Fatwa Abu Bakar, Umar dan Utsman radiyallahu anhum ajmaiin. (Riwayat al-Baihaqi)

Jelas daripada hadis di atas bahawa Khulafa’ al-Rasyidin juga mengamalkan membaca Qunut Subuh. Ingatlah bahawa kita digalakkan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. juga sunnah para sahabatnya yang empat (Khulafa’ al-Rasyidin) berdasarkan hadis:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي، وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

Maksudnya:
Hendaklah kamu semua berpegang teguh akan sunnahku dan sunnah para khalifah selepasku yang diberi petunjuk dan gigitlah dengan geraham kuat-kuat. .(Riwayat Al-Hakim, al-Thabrani, Al-Baihaqi)

























9:31 PTG

Panduan Pengacaraan

Belum sempat isi....

8:29 PTG

Fikrah

Program Sambutan Maulidur Rasul bersama saudara baru
di Kampung Bawang, Jalan Puncak Borneo
Gambar bersama saudara kita dan kumpulan Marhaban Samarindah
Majlis Sambutan Maulidur Rasul di serikan dengan Kumpulan Marhaban


8:32 PTG

Perkakasan Komputer

Anda boleh muat turun perkakasan di bawah...percuma je...


Anda boleh memuat turun bahan di bawah ...percuma


8:08 PTG

Download Doa-doa

Video Khatam Al-Quran 2009


Video Kem Bina Juara 2009



Panduan Video Belajar Membina Web
















1:31 PTG

Video Kursus

Kursus Perasa Pada Mac 2010









12:54 PTG

Aktiviti

Klik pada Link di bawah untuk melihat aktiviti-aktiviti....




Anda boleh muat turun (download) di sini...
Kategori
2. Panduan /Pekeliling Pendidikan Islam
4. Sukatan Pelajaran Pendidkan Islam

Ruang Insaf


Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915:
20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"


Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...


Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. ..


"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"