Ikatan Pendidik Islam Samarahan

Kelab pendidik Islam Samarahan, satu badan yang dibentuk untuk memperteguhkan perkembangan islam, menjalin silatur rahim dan memantapkan aktiviti islam

google akan membantu anda...

11:56 PTG

Luahan Editor

Cabaran sebagai Guru Pendidikan Islam adalah sangat besar. Negara yang telah merdeka 50 tahun memperlihatkan perkembangan masyarakat yang moden dan maju, namun di sebaliknya keruntuhan akhlak berlaku kian menjadi-jadi di kalangan remaja. Maka di bawah Sektor Pengurusan Islam dan Moral telah memperkemaskan Pendidikan Islam. Bidang tugas dan skop pendidikan Islam juga telah diperluas bertujuan memperkasakan Pendidikan Islam di samping menjadi sandaran dan harapan masyarakat bagi mengatasi masalah sosial para remaja.

Daripada kajian yang dijalankan oleh Sektor Pengurusan Islam dan Moral mendapati golongan remaja yang mengalami masalah sosial tidak mempunyai ilmu dalaman yang tinggi. Mereka tidak mempunyai keimanan yang teguh kepada Allah, tidak memperdulikan halal atau haram dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas sebagai orang Islam. Perkara yang amat menakutkan umat Islam hari ini ialah kekeliruan berlaku di kalangan remaja Islam, remaja budaya yo…yo…,yang halal dan haram bercampur dan berlaku di kalangan orang dewasa dan tiada pencegahan.

Justeru itu, Penekanan Pendidikan Islam meliputi aspek keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, setiap amalan akan dihisab, Rasulullah adalah contoh terbaik yang perlu diikuti dan amalan cara hidup sebagai orang islam. Penguasaan dalam bidang bacaan Al-Quran dan jawi juga adalah perkara yang penting supaya murid boleh memahami kandungan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran.

Maka, segala perancangan dan program Pendidikan Islam yang akan dilaksanakan di Sekolah-sekolah Daerah Samarahan hendaklah mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak untuk memastikan keberkesanannya. Program yang akan dilaksanakan sedaya upaya melibatkan semua guru Islam kerana ia mencakupi pembentukan akhlak dan amalan pelajar. Sebagaimana di rumah, anak meniru ibu dan ayah, begitu juga di sekolah, pelajar akan melihat perilaku. Sesungguhnya mendapatkan kerjasama yang erat di kalangan guru islam untuk terlibat sama dalam pembentukan amalan cara hidup islam pelajar adalah menjadi kemestian.

Sebagai guru pendidikan islam di daerah ini, hendaklah sedaya upaya memastikan kehendak pendidikan Islam disampaikan dengan berkesan. Guru Pendidikan Islam akan memastikan pendidikan Islam menyerap masuk ke sanubari anak didik supaya amalan Islam yang mantap akan mereka ikuti. Mudah-mudahan amalan yo….yo… tidak akan menjadi amalan mereka. Guru Pendidikan Islam sedaya upaya menonjolkan peribadi Rasulullah dan pemimpin-pemimpin Islam sejati supaya pelajar tidak mudah mencontohi orang lain yang tidak pasti asal usulnya. Mudah-mudahan segala usaha yang akan dilaksanakan nanti mendapat hidayah dan keredhaan dari Allah….amin.


1. Majlis Tilawah Al-Quran
2. Kem Bina Juara
3. Khatam Al-Quran
4. Kursus Pembinaan Modal Insan
5. Sambutan Maulidur Rasul
6. Ihya' Ramadhan

8:36 PTG

Hubungi Kami

Ikatan Pendidik Islam Samarahan
Jabatan Pelajaran Daerah Samarahan

Pengerusi
Ustaz Yazid Bin Rajali

Timbalan Pengerusi
Ustaz Jamali Bin Bujang

Setiausaha
Ustaz Jamali Bin Bujang

Timbalan Setiusaha
Ustaz Mohd Hamami Bn Salleh

Rakan Editor

Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh - SK Plaie
Ustaz Bahrom Bin Haji Ahmad - SK Niup
Ustaz Mohd Yunus Bin Ali - SK Wira Jaya
Ustaz Padhil Bin Bujang - SK Melayu
Ustaz Hatta - SK Endap
Ustaz Khalidi - SK Agama (MIS) Ibnu Khadun
Ustaz Fatah - SK Dato Mohd Musa