Ikatan Pendidik Islam Samarahan

Kelab pendidik Islam Samarahan, satu badan yang dibentuk untuk memperteguhkan perkembangan islam, menjalin silatur rahim dan memantapkan aktiviti islam

google akan membantu anda...


Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Abdullah ibnu Umar ra.huma. berkata:
"Barangsiapa yang ingin meniru, hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, yaitu perjalanan para sahabat Nabi Muhammad SAW, karena mereka itu adalah sebaik-baik ummat ini, dan sebersih-bersihnya hati, sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannya penanggungan. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah dipilih Allah untuk menjadi para sahabat NabiNya SAW dan bekerja untuk menyebarkan agamanya. Karena itu, hendaklah kamu mencontohi kelakuan mereka dan ikut perjalanan mereka. Mereka itulah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berdiri di atas jalan lurus, demi Allah yang memiliki Ka'bah!"
(Hilyatul-Auliya' 1:305)

"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".

Panitia Pendidikan Islam KBSR di sekolah ditubuhkan atas arahan Ketua Pengarah Pendidikan melalui Surat Pekeliling Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran

Ø Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas Panitia Pendidikan Islam KBSR di sekolah.

Ø Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru Pendidikan Islam untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

Ø Menggembeling tenaga guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia.

Ø Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

Ø Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Pendidikan Islam di sekolah.

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam KBSR di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam KBSR merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan

ØMengumpulkan dan menyimpan sekurang-kurangnya 10 soalan bagi setiap tajuk dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Jawi dalam fail yang disediakan.
ØMengedarkan soalan-soalan peperiksaan dari sekolah lain kepada guru Pendidikan Islam yang terlibat.
ØMendapatkan dan menghantarkan soalan-soalan peperiksaan dalaman kepada sekolah-sekolah yang memohon secara bertulis.
ØMenjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

ØMenyediakan dan menyimpan Buku Analisis Peperiksaan bagi setiap kelas.
ØMenyerahkan Buku Analisis Peperiksaan kepada semua guru Pendidikan Islam yang terlibat setiap kali peperiksaan dijalankan.
ØMemastikan semua Guru Pendidikan Islam merekodkan markah pelajar di dalam Buku Analisis Peperiksaan dalam masa lima belas hari dari tarikh akhir peperiksaan.
ØMenjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

ØMengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Agama Islam pada minggu kedua dalam bulan September setiap tahun.
ØMenyediakan perlembagaan Persatuan Agama Islam .
ØMerancangkan aktiviti-aktiviti Persatuan Agama Islam bersama jawatankuasanya untuk satu tahun.
ØMembentangkan aktiviti-aktiviti Persatuan Agama Islam dalam Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam .
ØMemastikan setiap aktiviti-aktiviti Persatuan Agama Islam mengikut jadualnya dan berjalan lancar.
ØBertanggungjawab membimbing kepada pelajar-pelajar melaksanakan program-program Persatuan Agama Islam .
ØMenguruskan penyertaan ahli Persatuan Agama Islam dalam aktiviti atau pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
ØMemastikan kutipan yuran Persatuan Agama Islam berjalan dengan baik.
ØMengurus kewangan Persatuan Agama Islam .
ØMenjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

10:26 PTG

Peranan Bendahari

ØMengumpul dan mengesahkan penerimaan yuran dari semua guru Pendidikan Islam .
ØMengesahkan penerimaan sumbangan untuk Panitia Pendidikan Islam .
ØMenyimpan catatan-catatan kewangan dan wang Panitia Pendidikan Islam .
ØMembentangkan penyata kewangan Panitia Pendidikan Islam KBSR dalam setiap kali Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam .
ØMengemas kini penyata kewangan Panitia Pendidikan Islam KBSR dari semasa ke semasa.
ØMenjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

10:24 PTG

Peranan Setiausaha

ØMenyediakan surat-surat Pekeliling Panitia Pendidikan Islam atas arahan Ketua Panitia Pendidikan Islam .
ØMenyediakan agenda-agenda untuk semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam .
ØMencatat minit-minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam .
ØMembentang minit-minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam .
ØMenguruskan semua surat keluar masuk Panitia Pendidikan Islam .
ØMenyediakan laporan bagi setiap kali program Panitia Pendidikan Islam .
ØMenjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

ØMembantu tugas-tugas Ketua Panitia Pendidikan Islam .
ØMemangku tugas-tugas Ketua Panitia Pendidikan Islam ketika ketiadaan Ketua Panitia Pendidikan Islam .
ØMelaksanakan kursus-kursus yang dihadiri oleh guru-guru Pendidikan Islam .
ØMemastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam berjalan lancar.
ØMenjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.